
20 April 2025 - ๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
20 April 2025
ย
๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
ย
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan di beberapa laluan utama sekitar Kuala Krai, sebagai langkah proaktif bagi menangani isu haiwan ternakan yang dilepaskan tanpa kawalan oleh pemilik. Pemantauan ini dilaksanakan berdasarkan aduan orang awam dan pemerhatian pihak berkuasa yang mendapati kewujudan haiwan berkeliaran bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, malah berisiko menyebabkan kemalangan jalan raya.
ย
Pihak MDKK ingin mengingatkan para pemilik haiwan agar sentiasa bertanggungjawab dalam mengawal ternakan masing-masing dan memastikan haiwan tidak dilepaskan bebas, lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai lalu lintas aktif. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Undang-Undang Kecil yang berkuat kuasa, termasuk denda dan sitaan.
ย
Oleh itu, MDKK menyeru kerjasama semua pihak untuk sama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian persekitaran Kuala Krai.
ย
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_____________________________
Media Rasmi
FB : Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube : @Majlisdaerahkualakrai
Twitter : @majliskrai
Insta : majlisdaerahkualakrai
Tiktok : @majlisdaerahkualakrai
Threads : @Majlis Daerah Kuala Krai
Website : @mdkkrai.kelantan.gov.my
- Hits: 34