Skip to main content

17 April 2025 - ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—๐—”๐—๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ & ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ๐— 

17 April 2025
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—๐—”๐—๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ & ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ๐— 
Alhamdulillah, majlis sambutan Aidilfitri yang penuh warna-warni telah berjaya diadakan dengan meriah dan penuh keceriaan di Dewan Sri Guchil, Kuala Krai.
Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh, Ketua Jajahan Kuala Krai merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Hilmi Abdullah, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Guchil, YB Ustaz Haji Abdul Latiff Abd Rahman Ahli Parlimen Kuala Krai & isteri, Ahli-ahli Majlis, wakil-wakil jabatan dan warga kerja jabatan-jabatan.
Suasana majlis bertambah ceria dengan pelbagai juadah raya yang dinikmati bersama dalam suasana penuh muhibah. Dalam kemeriahan Syawal, YABrs. Ketua Jajahan turut menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan raya kepada asnaf terpilih dan agihan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Turut mencuri perhatian adalah Pertandingan Booth Tercantik yang telah dimenangi oleh Unit Pembangunan, Pejabat Tanah Jajahan Kuala Krai, Kedua Jabatan Landskap, Majlis Daerah Kuala Krai dan ketiga Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia, Majlis Daerah Dabong.Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Moga Syawal kali ini mengukuhkan ukhuwah dan membawa rahmat buat kita semua.
ย 
"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"
_______________________________
ย 
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
  • Hits: 30