Diminta kerjasama semua pemilik motosikal supaya tidak meletakkan motosikal di kawasan yang tidak dibenarkan, termasuk di tempat yang boleh menghalang laluan, kaki lima, laluan awam atau menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.
ย
Berdasarkan ๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด-๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐ ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ธ๐ผ๐๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ, ๐จ๐จ๐ ๐ณ(๐ญ)(๐ด) menyatakan seseorang yang menyebabkan atau membenarkan mana-mana kenderaan diletakkan di mana-mana siar kaki, lorong belakang, lorong tepi, kaki lima, bahu jalan atau mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
๐ ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ก๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ก๐ช๐๐ฃ๐! MDKK menawarkan tawaran istimewa _๐๐น๐ฎ๐ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฒ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ ๐ฆ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ท๐ฎ_ untuk semua tunggakan kompaun Tempat Letak Kereta
ย
MDKK menawarkan tawaran istimewa _๐๐น๐ฎ๐ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฒ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ ๐ฆ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ท๐ฎ_ untuk semua tunggakan kompaun Tempat Letak Kereta kecuali kompaun semasa sempena Bulan Kemerdekaan yang ke-69.
Tempoh Kempen: ๐ญ๐ด ๐ข๐ด๐ผ๐ - ๐ญ๐ณ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
ย
Untuk semakan dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di talian 09-9602000 (2032) atau hadir ke Kaunter Unit Tempat Letak Kereta (UTLK), MDKK.
Jelaskan tunggakan anda bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan dan patuhi peraturan demi kesejahteraan bersama!
Sayangilah haiwan dan jadilah pemilik yang bertanggungjawab.
ย
Membuang kucing di kawasan awam bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah merupakan ๐๐ฎ๐๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐๐ฒ๐ป ๐ฎ๐ต, ๐๐ธ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ฑ.
ย
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan:
๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ dan ,๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต๐ถ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ atau Penjara ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฏ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป, atau Kedua-duanya sekali.
Jangan jadikan haiwan peliharaan mangsa pengabaian. Jika tidak lagi mampu memeliharanya, carilah penyelesaian yang bertanggungjawab seperti mendapatkan penjaga baharu, menghubungi pusat perlindungan haiwan atau pihak berkaitan.
ย
Marilah kita bersama-sama membudayakan sifat prihatin dan kasih sayang terhadap haiwan demi mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan penyayang.
Bagi memastikan keselamatan awam, kebersihan persekitaran serta mengawal penularan penyakit rabies, Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) akan menjalankan ๐ข๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ฏ๐ถ๐ฒ๐ di sekitar kawasan pentadbiran MDKK.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป : Pastikan haiwan peliharaan anda sentiasa berada di dalam kawasan yang selamat dan tidak dibiarkan berkeliaran di jalan raya atau kawasan awam. Tindakan ini bukan sahaja mengelakkan dikenakan kompaun, malah dapat mengurangkan risiko kemalangan serta menjaga keselamatan orang ramai.
ย
Haiwan yang ditangkap hendaklah dituntut dalam tempoh 7 hari. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan pelupusan diambil mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Anjing terbiar bukan sahaja boleh mengganggu ketenteraman awam, malah berisiko mengancam keselamatan penduduk serta menyebarkan penyakit berbahaya seperti rabies.
Sehubungan itu, Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) menyeru semua pemilik anjing agar memainkan peranan dan bertanggungjawab dengan:
ย
Memastikan anjing mempunyai lesen yang sah.
Mendapatkan vaksinasi rabies mengikut jadual.
Tidak membiarkan anjing berkeliaran tanpa pengawasan.
Membersihkan sisa najis haiwan peliharaan.
Menggalakkan pemandulan bagi mengawal pembiakan luar kawalan.
ย
Kerjasama dan sikap prihatin daripada semua pihak amat penting bagi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera untuk seluruh warga Kuala Krai.