Skip to main content

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐— ๐—ฅ๐—ข๐—•๐—œ๐—ž ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—›๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ž ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐——๐—ž๐—ž


Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah menganjurkan Program Senamrobik yang berlangsung pada 28 Mei 2025 (Rabu) bertempat di perkarangan Pejabat MDKK.
Program yang bermula jam 8:30 pagi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan mengenai kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal secara berkumpulan. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja MDKK.
Senamrobik yang berlangsung selama hampir satu jam ini telah mendapat penyertaan yang daripada seluruh anggota MDKK. Suasana ceria dan semangat kesukanan jelas terpancar dalam kalangan peserta sepanjang aktiviti berlangsung.
Majlis Daerah Kuala Krai komited untuk menerapkan budaya kerja sihat dan proaktif dalam kalangan kakitangan selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang cemerlang dan berdaya saing.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026