Skip to main content

WALKATHON D'RAJA: WALK WITH ME 2026: MDKK BERJALAN SEIRINGAN BERSAMA KDYMM SULTAN KELANTAN 👑🚶‍♂️


 

Malam 14 Februari 2026 menjadi lipatan sejarah yang cukup indah buat rakyat Kelantan!
Pihak Majlis Daerah Kuala Krai turut berbangga menyaksikan penyertaan luar biasa lebih 10,000 rakyat jelata dalam program Walkathon D’Raja - Walk With Me 2026 - In The Memory of Dato' KY. Program ini lebih bermakna dengan keberangkatan KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Nur Diana Petra, dan YTM Tengku Mahkota Kelantan yang berkenan mencemar duli berjalan sejauh 3.2km bersama rakyat.
 
Turut hadir mengiringi baginda ialah YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan serta barisan pembesar negeri dan kepimpinan kerajaan negeri.
Pertunjukan 350 Dron: Langit Kota Bharu dihiasi dengan 10 formasi unik (Gasing, Rebana Ubi, Wayang Kulit) – satu promosi hebat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026! 🛰️✨
 
Tahniah kepada semua peserta yang hadir! Semangat perpaduan dan gaya hidup sihat ini yang kita mahukan!

 

"𝗕𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026