๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
ย
Pasukan Panel Penilai daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan penilaian ke Jajahan Kuala Krai sempena Pertandingan Kelantanku Bersih 2026.
ย
Rombongan panel penilai telah diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Riyadhul Hanif bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Dasar dan Keurusetiaan), BKT merangkap Ketua Panel, bersama ahli-ahli panel penilai.
Pertandingan ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) selaku urus setia di bawah Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan.
ย
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas bersama YABrs. Yang DiPertua dan YBrs. Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai, diikuti dengan pembentangan berkaitan item-item yang dicalonkan oleh pihak MDKK bagi kategori yang dipertandingkan.
ย
Antara kategori yang disertai oleh Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) ialah:
ย
Pertandingan Kelantanku Bersih 2026 merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyemai dan membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan hasrat untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang bersih, indah dan ceria.
ย
Di samping itu, pertandingan ini turut menjadi platform untuk mempromosikan amalan kebersihan serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjaga kebersihan, keindahan dan keceriaan persekitaran.
ย
Semoga usaha dan komitmen seluruh warga Majlis Daerah Kuala Krai bersama komuniti setempat terus diperkasakan demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sejahtera.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my