Skip to main content

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ


ย 

Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Langkah Lestari Kuala Krai 2026 telah diadakan bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan perancangan, penyelarasan serta pelaksanaan program yang akan dijalankan di seluruh daerah Kuala Krai.
ย 
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) selaku pengerusi mesyuarat yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara semua pihak dalam menjayakan program berimpak tinggi kepada masyarakat dan alam sekitar.
ย 
Seterusnya, Jabatan Perhubungan Korporat MDKK telah membentangkan secara terperinci mengenai konsep, objektif, skop pelaksanaan serta penglibatan jabatan dan agensi dalam Program Langkah Lestari Kuala Krai 2026.
ย 
Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan amalan kelestarian, kebersihan persekitaran, pemeliharaan alam sekitar serta penglibatan komuniti secara menyeluruh demi mewujudkan Kuala Krai yang lebih bersih, hijau dan mampan.
ย 
Semoga kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dapat memastikan Program Langkah Lestari Kuala Krai 2026 dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada seluruh warga Kuala Krai.

ย 

ย 

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026