Skip to main content

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š-๐—ฃ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—” ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ


ย 

Kejohanan Ping-Pong Tertutup Dan Jemputan Piala Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai bagi tahun 2025 telah berlansung dengan meriah yang diadakan di MDKK Indoor Sport Centre Kuala Krai. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan pemain-pemain hebat dari dalam dan luar kawasan Kuala Krai.

Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Majlis Daerah Kuala Krai & KESUMA, dengan kerjasama Kelab Ping-Pong MDKK, Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Synergy Solution, Dynamic Enterprise dan Kelab Ping-Pong Gu Krai.
Dalam kejohanan ini juga menyaksikan penyertaan sebanyak 46 pasukan bagi kategori Beginner dan 20 pasukan untuk kategori expert. YBrs. Encik Mohamad bin Jaafar, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai turut hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut seterusnya menyampaikan hadiah mewakili Yang DiPertua MDKK. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat , urusetia, jawatankuasa, penaja, dan sukarelawan atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga program sebegini terus menyemarakkan semangat kesukanan dan silaturrahim dalam komuniti Kuala Krai!

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026