Skip to main content

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ก๐—ช๐—ฅ๐—– ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—œ


Satu lawatan kerja rasmi telah diadakan ke Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Kebangsaan (National Wildlife Rescue Centre - NWRC) dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak.
Lawatan ini diketuai oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai, YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, YBrs. Tuan Setiausaha Encik Mohamad bin Jaafar, Pegawai Perhilitan Daerah Kuala Krai serta pegawai dari Mini Zoo Kuala Krai.
Tujuan utama lawatan adalah bagi mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan pusat pemuliharaan dan penjagaan hidupan liar โ€” merangkumi aspek kebajikan haiwan, pemulihan spesies terancam dan operasi harian zoo serta pusat konservasi.
Lawatan ini juga membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkasakan Mini Zoo Kuala Krai sebagai pusat pendidikan, rekreasi dan kesedaran awam berkaitan pemuliharaan biodiversiti.
Majlis Daerah Kuala Krai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NWRC dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai atas sambutan mesra serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bernilai.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026