Skip to main content

๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ก๐—œ๐—š๐—›๐—ง ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟ


ย 

Program Cakna Alam Sekitar dan Kesihatan Masyarakat Kuala Krai 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Taman Chintawangsa, Kuala Krai.
ย 
Seawal jam 3.00 petang, orang ramai mula hadir bagi memeriahkan pelbagai aktiviti yang disediakan seperti: โœ… Pameran Booth Agensi โœ… Pemeriksaan Kesihatan โœ… Derma Darah โœ… Jualan Rahmah โœ… Gerai Jualan
Kemuncak program ialah Kuala Krai Night Walk 2026 yang bermula pada jam 9.00 malam dan telah dirasmikan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan merangkap ADUN Guchil.
ย 
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Kuala Krai dengan anggaran lebih 1,000 peserta menyertai acara berjalan kaki sejauh 4.8 kilometer. Turut bersama memeriahkan program bersama peserta ialah YB EXCO, YABrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai, barisan Ahli Majlis serta warga kerja MDKK.
ย 
Suasana malam turut diserikan dengan Persembahan Dikir Barat oleh HIM Rintingmas Cabutan Bertuah dan persembahan bunga api sekali gus menambahkan kemeriahan program.
ย 
Majlis Daerah Kuala Krai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, jabatan, penaja, sukarelawan serta seluruh warga Kuala Krai yang telah menjayakan program ini.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat, memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026