Skip to main content

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—๐—”๐—ง๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ž๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ง๐—๐—ž๐—ž & ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ


ย 

Satu Kursus Jati Diri dan Pengukuhan Kerja Berpasukan PTJKK & MDKK telah berjaya dilaksanakan pada bertempat di Chenulang, Kuala Krai.

ย 

Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) serta Pejabat Tanah Kuala Krai.
ย 
Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, meningkatkan disiplin diri, memperkukuhkan nilai kepimpinan serta membina hubungan kerja berpasukan yang lebih efektif dalam kalangan peserta.
ย 
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berbentuk latihan fizikal, mental dan dinamika kumpulan yang memberi penekanan kepada komunikasi berkesan, kepercayaan serta semangat setiakawan.
ย 
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta. Diharapkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan dalam tugasan harian seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja dan kecemerlangan perkhidmatan organisasi.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026