
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ง๐จ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐
ย
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MDKK bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKK. Majlis dimulakan pada jam 9:30 pagi dan dihadiri oleh semua warga kerja MDKK.
Majlis kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai. Dalam Ucapanya, beliau telah menyampaikan amanat dan peringatan penting berkaitan isu disiplin kerja, kehadiran dan keberadaan di pejabat, pemakaian rasmi semasa waktu bertugas, serta penekanan terhadap nilai-nilai Ubudiyyah, Masโuliyyah dan Itqan (UMI) dalam budaya kerja seharian.
Antara intipati utama amanat beliau termasuk:



Majlis ini turut menjadi platform untuk menyampaikan makluman penting jabatan, menghargai sumbangan kakitangan, serta memupuk semangat kekitaan dan profesionalisme dalam kalangan warga MDKK.
MDKK komited untuk terus memperkasakan budaya kerja cemerlang dan berintegriti demi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Kuala Krai.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my