Skip to main content

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐— ๐——๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐— ๐——๐—ž๐—ž โ€“
๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก & ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ก๐—š


ย 
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต (๐— ๐——๐—ง๐— ) sempena satu sesi Majlis Perkongsian Ilmu yang memberi tumpuan kepada aspek penguatkuasaan kerja tanah serta pelaksanaan sistem letak kereta Flexi Parking.
ย 
Dalam sesi perbincangan tersebut, antara perkara yang diketengahkan termasuklah pendekatan dan kaedah yang diguna pakai oleh MDKK dalam penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Jalan, Parit dan Bangunan MDKK 2020 terutamanya berkaitan proses pengeluaran kompaun terhadap kesalahan yang berlaku.
Selain itu, MDKK turut mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman serta tahap keberkesanan sistem Flexi Parking yang telah dilaksanakan oleh MDKK sejak Mei 2024.
ย 
MDKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MDTM atas kesudian berkunjung ke premis kami. Semoga sesi ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak ke arah tadbir urus PBT yang lebih efisien dan mampan.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026