Skip to main content

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐— ๐—•๐—ข๐—ก๐—š


ย 

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pembuatan Tembikar Mambong dengan menaiki motor galah menyusuri Sungai Kelantan menuju ke Kampung Mambong.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai, Ketua-Ketua Jabatan MDKK serta wakil daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.
ย 
Lawatan ini bertujuan meninjau tahap keceriaan Kampung Mambong yang telah diangkat sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan di Jajahan Kuala Krai. Di samping itu, rombongan turut melihat sendiri keunikan perusahaan tembikar Mambong yang menjadi warisan serta identiti kampung tersebut.
ย 
Selain itu, lawatan ini turut memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan kemudahan awam, termasuk keadaan jeti, laluan utama yang digunakan oleh penduduk serta kemudahan lain agar sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif demi keselesaan penduduk serta para pengunjung.
ย 
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkasakan sektor pelancongan komuniti, memelihara warisan tempatan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk Kampung Mambong.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026