๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐จ & ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐จ๐
ย
Majlis Amanat Tahun Baru dan Perjumpaan Bulanan Yang DiPertua bersama warga kerja Majlis Daerah Kuala Krai telah berlangsung di Dewan Sri Guchil bermula jam 8.00 pagi.
ย
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Afnan bin Norhadi, diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan serta bacaan ikrar yang diketuai oleh Encik Wan Muhamad Mukhlis bin Wan Sham Shahrim, Penolong Pegawai Tadbir (Mini Zoo).
ย
Seterusnya, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Mohamad bin Jaafar, Setiausaha MDKK. Majlis diteruskan dengan amanat dan taujihat oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Yang DiPertua MDKK. Dalam amanatnya, YABrs. Yang DiPertua MDKK telah menekankan beberapa perkara penting, antaranya:
ย
โข Mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada seluruh warga MDKK.
โข Menghargai pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah direkodkan sepanjang tahun lalu.
โข Menyeru agar momentum kecemerlangan terus dikekalkan dan dipertingkatkan.
โข Menuntut setiap warga kerja memberikan prestasi terbaik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
โข Menegaskan kepentingan integriti sebagai teras utama perkhidmatan awam.
โข Menggesa Pihak Berkuasa Tempatan agar mengorak langkah ke arah perancangan dan pembangunan bandar pintar.
โข Mengingatkan agar tidak mudah berpuas hati dengan tahap penyampaian perkhidmatan sedia ada.
โข Menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun penekanan kepada aspek penguatkuasaan.
โข Menekankan keperluan meningkatkan tahap kebersihan persekitaran.
โข Menyarankan pemasangan CCTV serta penyelenggaraan tong-tong sampah agar sentiasa berada dalam keadaan baik
โข Menuntut pelaksanaan tugas dengan penuh itqan dan kesungguhan.
โข Menggesa agar setiap tugasan disegerakan dan diselesaikan dengan cekap serta berkesan.
โข Menegaskan bahawa pengabdian kepada Allah SWT merupakan asas utama dalam membentuk nilai kerja yang beretika dan berkat.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my