
๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ 
ย
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kelantan telah berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57, Tahun 2026, bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.
ย
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) turut menyertai Pertandingan Landskap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengetengahkan tema โALAM FANTASIโ.
ย
Penyertaan ini merupakan salah satu usaha MDKK dalam memperkasa kreativiti, inovasi serta penghayatan terhadap aspek landskap dan keindahan persekitaran, di samping mengangkat imej Kuala Krai dalam bidang pengindahan landskap.
ย
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YABrs. Yang DiPertua, YBrs. Setiausaha, Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Kuala Krai yang telah bertungkus-lumus, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan persiapan dan penyertaan Pesta Flora Negeri Kelantan 2026.
ย
ย
Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan serta penghasilan landskap yang lebih kreatif dan berkualiti pada masa akan datang.
ย
Merafak Sembah Menjunjung Kasih Tuanku.
ย
"๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐๐๐".
๐ฆ๐๐ ๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ ๐ง๐จ๐๐ก๐๐จ ๐๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ง
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my