Skip to main content

๐Ÿ๏ธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—๐—”๐—๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š
(๐——๐—ข ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š) ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐Ÿ๏ธ


ย 

Alhamdulillah, Program Ketua Jajahan Kuala Krai Masuk Kampung (DO Masuk Kampung) Konvoi Bermotosikal telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan seramai 150 buah motosikal.
ย 
Konvoi bermula dari Taman Chintawangsa, Kuala Krai dan menjelajah ke Daerah Batu Mengkebang, Olak Jeram serta Dabong. Sepanjang perjalanan, pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, lawatan ke lokasi penyerahan rumah MAIK, edaran risalah maklumat, serta singgahan di beberapa lokasi strategik bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.
ย 
Program ini telah diketuai oleh Ketua Jajahan Kuala Krai merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) bersama Timbalan Ketua Jajahan Kuala Krai, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Ahli-ahli Majlis, warga kerja Majlis Daerah Kuala Krai, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, serta peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi.
ย 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen serta menjayakan program ini.
Penghargaan khusus juga kepada Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai, serta semua jabatan, agensi dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan keselamatan program sepanjang konvoi berlangsung.
ย 
Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membangunkan Kuala Krai.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026