๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ & ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐
ย
Mesyuarat Penyelarasan Projek Bil. 2/2026 serta lawatan tapak bagi Projek Pembangunan Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan unit teknikal dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.
ย
Mesyuarat ini turut disertai bersama wakil Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (JKT-KPKT).
Sesi mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), diikuti dengan lawatan ke tapak projek bagi meninjau perkembangan semasa serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan di lapangan.
ย
Diharapkan melalui penyelarasan yang berterusan ini, projek pembangunan Pasar Besar Kuala Krai dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan demi kemudahan serta kesejahteraan masyarakat setempat.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my