๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐จ๐๐, ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก & ๐๐๐ ๐จ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก
๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐
๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐
ย
Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sejambak Budi, Setulus Penghargaan & Jamuan Keraian Warga MDKK bertempat di Dewan Sri Guchil, Kuala Krai bermula pada jam 11.30 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai.
ย
Majlis diadakan bagi meraikan 6 orang pesara MDKK yang telah bersara pada tahun 2025 sebagai tanda penghargaan serta mengenang segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
ย
Turut diraikan ialah pertukaran Penolong Setiausaha (PSU) MDKK,Encik Mohamad Luqman bin Mohd Zain yang akan bertukar ke penempatan baharu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas khidmat bakti sepanjang setahun perkhidmatan di MDKK. Semoga terus cemerlang dan selamat maju jaya.
ย
Majlis ini turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Harapan 2025, di mana seramai 10 orang penerima telah dipilih daripada setiap jabatan. Penganugerahan ini diberikan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas dedikasi, komitmen serta prestasi cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.
ย
Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan jamuan keraian buat seluruh warga kerja MDKK sebagai penghargaan atas komitmen, gerak kerja dan pencapaian sepanjang tahun 2025.
ย
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Setiausaha, Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja MDKK.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
ย
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my