๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก (๐๐
-๐๐๐ ๐จ๐๐จ)
ย
Satu sesi mesyuarat telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK). Mesyuarat ini melibatkan perbincangan strategik antara pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Krai bersama Yang DiPertua MDKK, yang juga merangkap Ketua Jajahan Kuala Krai.
ย
Fokus utama perbincangan adalah bagi merancang dan menyelaras penganjuran Program Latih Amal Tindakan Kecemasan (Ex-KEMUBU) yang bakal dilaksanakan, demi memastikan kesiapsiagaan dan keselamatan komuniti sentiasa berada di tahap tertinggi.
ย
Pihak Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KTMB Kuala Krai atas kerjasama erat ini. Semoga kolaborasi antara agensi seperti ini terus memantapkan sistem pengurusan keselamatan dan kebajikan warga Jajahan Kuala Krai.
ย
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my