
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฒ๐/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ๐
26 Mac 2025
ย
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฒ๐/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ๐
ย
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah mengadakan Majlis Sumbangan Asnaf Ramadan yang berlangsung di Dewan Sri Guchil hari ini. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yang DiPertua MDKK, YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, kepada 48 orang penerima asnaf yang layak.
Program ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, agar mereka turut merasai kegembiraan dan kemeriahan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
ย
Selain penyampaian sumbangan, majlis turut diserikan dengan Ceramah yang bertajuk โMalam Lailatul Qadar, Menutup Ramadan Dengan Penuh Maknaโ yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Danisy Shah Zan, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai. Ceramah ini menekankan kepentingan memahami dan menghayati kelebihan malam Lailatul Qadar serta bagaimana mengakhiri Ramadan dengan ibadah yang lebih bermakna.
ย
MDKK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban para asnaf dan ceramah yang disampaikan memberi manfaat kepada semua.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
______________________________
ย
ย
- Hits: 68