
๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐จ๐ก ๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐ฉ๐๐๐จ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฃ๐จ๐๐ฆ๐
๐๐ข๐ ๐ฃ๐๐จ๐ก ๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐ฉ๐๐๐จ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฃ๐จ๐๐ฆ๐
ย
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah melancarkan operasi sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan semua premis menghormati dan memuliakan bulan suci ini dengan tidak melakukan urus niaga kepada mereka yang tidak berpuasa.
ย
Operasi Bersepadu ini dijalankan bersama pihak Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai. Operasi ini bukan hanya tertumpu kepada peniaga serta pemilik premis makanan, tetapi juga kepada individu Muslim tidak berpuasa.
ย
Pihak MDKK telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering menjadi tumpuan bagi mereka yang tidak berpuasa dan membeli makanan. Semua premis dalam kawasan pentadbiran MDKK kini berada dalam pemantauan pihak penguat kuasa MDKk
ย
Sehubungan itu, MDKK memohon kerjasama masyarakat yang prihatin untuk menyalurkan maklumat dan bersama-sama membanteras budaya tidak sihat ini. Pemilik premis makanan khususnya dinasihatkan agar tidak memulakan jualan terlalu awal.
ย
Majlis Daerah Kuala Krai akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis yang didapati melanggar peraturan ini, termasuk mengenakan kompaun dan menarik lesen perniagaan jika perlu.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_____________________________
- Hits: 17