Skip to main content

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐——


Majlis Daerah Kuala Krai telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDKK. Kursus yang bermula jam 9:00 pagi - 4:30 petang ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran para peserta dalam pengurusan dokumen serta rekod rasmi jabatan secara sistematik dan berkesan.
Kursus telah disampaikan oleh YBhg. Puan Farizam Binti Mustapha, Penolong Pengarah Jabatan Arkib Negara Negeri Kelantan, yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau berkaitan kaedah pengurusan fail mengikut garis panduan Arkib Negara Malaysia.
Seramai semua Pembantu Tadbir (P/O) dari MDKK dan MD Dabong telah terlibat sebagai peserta. Turut hadir Penolong Setiausaha MDKK serta pegawai-pegawai MDKK yang lain bagi menyatakan sokongan terhadap inisiatif pemantapan pengurusan pentadbiran ini.
Pihak MDKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan atas kerjasama dan komitmen menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada YBrs. Tuan Setiausaha MDKK serta semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang kursus berlangsung.

ย 

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026