๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ฃ & ๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐
ย
Jabatan Landskap Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah melaksanakan pelbagai kerja pembersihan dan penyelenggaraan landskap di beberapa lokasi sekitar Bandar Kuala Krai bagi memastikan persekitaran bandar sentiasa terpelihara, indah serta selamat untuk kegunaan orang ramai.
ย
Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan merangkumi:
ย
1. Kerja-kerja pembersihan dan penyiraman pokok
2. Usaha keceriaan bandar melalui penempatan pasu-pasu bunga di sekitar Bandar Kuala Krai
3. Kerja-kerja meracun serta pembersihan kawasan di Tangga Krai
4. Pembersihan harian dan pemotongan rumput di Taman Tasik Krai
5. Pembersihan kawasan Taman Chintawangsa
6. Pembersihan kawasan Taman Awam Masjid Bandar
7. Penyelenggaraan landskap di kawasan Pejabat Tanah Jajahan Kuala Krai
ย
ย
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Majlis Daerah Kuala Krai dalam mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, kemas dan ceria demi keselesaan serta kesejahteraan komuniti setempat.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my