Skip to main content

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ


ย 

Program Sukan Rakyat Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah berjaya dilaksanakan di Dataran Chintawangsa Kuala Krai dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YABrs. Encik Mohd Saifudeen bin Md Salleh, Yang Dipertua MDKK.

ย 

Program anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Kuala Krai (KESUMA) ini merangkumi pelbagai acara dan pertandingan yang melibatkan penyertaan warga kerja MDKK daripada pelbagai jabatan dan unit, turut disertai oleh barisan kepimpinan terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha serta Ahli-Ahli Majlis.
Penganjuran Sukan Rakyat ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja MDKK demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
ย 
Pada hari yang sama, turut diadakan ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐— ๐——๐—ž๐—ž yang menjadi platform penting bagi menyampaikan amanat kepimpinan serta memperkukuh komunikasi dalaman antara pengurusan tertinggi dan warga kerja.
ย 
MDKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YABrs. Yang Dipertua, YBrs. Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, para pegawai serta seluruh warga kerja MDKK atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan penganjuran Sukan Rakyat MDKK pada tahun ini.

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026