Skip to main content

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฌ๐—”๐—• ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ญ ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—œ


YAB Datoโ€™ Panglima Perang Ustaz Datoโ€™ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jajahan Kuala Krai bertempat di Dewan Majlis Daerah Dabong.
Turut hadir mengiringi YAB Menteri Besar dalam lawatan kerja ini YB Datoโ€™ Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Datoโ€™ Haji Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen Kuala Krai; YBrs. Timbalan Ketua Jajahan Kuala Krai ; YBrs. Setiausaha Majlis Daerah Kuala Krai , Setiausaha Majlis Daerah Dabong, serta para pegawai agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Lawatan ini dimulakan dengan Taklimat Pembangunan oleh Ketua Jajahan Kuala Krai, YAbrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh diikuti dengan penyampaian Taujihat dan Amanat oleh YAB Ustaz Datoโ€™ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.Semasa lawatan itu, YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan turut berkesempatan melawat ke Tapak Projek Hidrokuasa Kecil (PHK) Kemubu Mukim Kuala Stong Dabong, salah satu projek berimpak tinggi yang diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar meluangkan masa untuk turun meninjau sendiri kemajuan projek dan pembangunan di Jajahan Kuala Krai
ย 
ย 
ย 
ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026