Skip to main content

๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š
-๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก (๐—ฆ๐—ฃ๐—•-๐—ฃ๐—•๐—ง) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ


ย 

Majlis Daerah Kuala Krai telah menerima lawatan daripada ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด - ๐—ฃ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป (๐—ฆ๐—ฃ๐—•-๐—ฃ๐—•๐—ง) bagi tahun 2026 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
ย 
Panel penilai seramai 3 orang dari Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan telah meneliti dan menilai tahap kualiti amalan-amalan kerja di Majlis Daerah Kuala Krai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah digariskan oleh KPKT.
ย 
Penilaian audit ini bertujuan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisyen dan berkualiti.
Selain itu, audit ini adalah untuk menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT. Ia turut meletakkan PBT pada kedudukan yang sesuai mengikut ranking agar PBT dapat meningkatkan daya saing serta mengemas kini ciri- ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya sentiasa menjaga dan memelihara tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.
ย 
Terima kasih diucapkan kepada panel penilai dan kepada seluruh warga kerja MDKK atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan penilaian berjalan dengan lancar.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026