Skip to main content

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” (๐— ๐—ž๐—๐—ฅ) & ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐—”๐—— ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ


ย 

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya (MKJR) sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026m telah berlangsung dengan jayanya pada jam 10:30 pagi bertempat di hadapan Pejabat APM, Pahi, Kuala Krai.
ย 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan merangkap Pengerusi MKJR Negeri Kelantan turut dihadiri oleh YABrs. Ketua Jajahan, YB Ahli Parlimen, YB ADUN-ADUN , YDH Ketua Polis Daerah Kuala Krai serta jabatan-jabatan terlibat.
ย 
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan antaranya pelancaran Skuad Bantu, perarakan kenderaan kontinjen keselamatan, serta penyerahan hamper kepada agensi terlibat seperti JPJ, PDRM, BOMBA, APM dan Jabatan Kesihatan. Turut diadakan penyerahan beg cenderahati dan topi keledar kepada pengguna jalan raya sebagai usaha meningkatkan kesedaran keselamatan.
ย 
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan jalan raya khususnya menjelang musim perayaan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini
ย 
ย 

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026