Skip to main content

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ/๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐——๐—ž๐—ž


ย 

Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kuala Krai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuala Krai dan KPDN Cawangan Kuala Krai, telah melaksanakan Operasi Bersepadu Lesen Premis/Kedai Perniagaan di sekitar jajahan Kuala Krai.

Operasi ini dijalankan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti, melibatkan premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing, khususnya kedai runcit.
Matlamat utama operasi ini adalah bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat perlesenan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต, serta mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Majlis Daerah Kuala Krai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, serta orang awam yang telah menyalurkan aduan dan maklumat demi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur, sah dan mematuhi undang-undang.
"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026