Skip to main content

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—–๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—ข ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ


Program 'Kaca Suro' 2025 telah berlangsung dengan meriah hasil anjuran bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai serta Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) bertempat di Perkarangan Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Kuala Krai. Sebahagian kumpulan peserta telah memulakan persiapan seawal jam 4.00 pagi menandakan komitmen tinggi, semangat dan kerjasama yang kuat.
Pertandingan Memasak Bubur Asyura juga turut diadakan sempena program ini bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta di samping memeriahkan lagi suasana program dengan aktiviti yang penuh bermakna.
YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Yang Dipertua MDKK merangkap Ketua Jajahan Kuala Krai menyampaikan hadiah kepada para pemenang diiringi oleh YBrs. Mohamad bin Jaafar, Setiausaha MDKK.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan petugas yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi medium memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga kerja dan pimpinan.
ย 
ย 

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026