Skip to main content

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—œ๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”๐—จ (๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—จ) ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐——๐—ž๐—ž


Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, telah melaksanakan Operasi Bersepadu Penangkapan Haiwan Merayau selama dua (2) hari, bermula 13 hingga 14 Mei 2025.
Operasi ini dijalankan di beberapa lokasi โ€˜hotspotโ€™ yang telah dikenal pasti dan kawasan aduan yang di terima daripada masyarakat setempat berkaitan dengan haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya.
Matlamat utama operasi ini adalah untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap haiwan ternakan seperti lembu dan lain-lain yang dibiarkan merayau tanpa kawalan di kawasan awam. Tindakan penangkapan haiwan dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜‚ ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿด๐Ÿฏ.
Hasil operasi selama dua hari tersebut, sebanyak tujuh (7) ekor lembu dewasa telah berjaya ditangkap.
MDKK ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemilik haiwan yang cuai atau gagal mengawal haiwan peliharaan masing-masing sehingga menyebabkan gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat serta orang awam yang telah menyalurkan aduan.

ย 

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026