Skip to main content

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐——๐—ž๐—ž & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š (๐—”๐—ฃ๐—–) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ & ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ


Perjumpaan bulanan bersama Yang Dipertua MDKK telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Dewan Pejabat Lama, MDKK. Medium perjumpaan ini adalah sebagai medan penyampaian amanat, perkongsian maklumat penting jabatan serta pemantapan nilai kerja dalam kalangan warga MDKK
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Afnan bin Norhadi diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan dan bacaan ikrar oleh Encik Habri Syah bin Zakaria, Penolong Pegawai Pertanian MDKK.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Mohamad bin Jaafar, Setiausaha MDKK diikuti dengan amanat dan taujihat oleh YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Yang Dipertua MDKK.
Dalam amanat beliau, YABrs. Yang DiPertua menekankan pentingnya pengamalan nilai U.M.I (Ubudiyyah, Masโ€™uliyyah & Itqan) dalam setiap tugasan harian. Beliau turut mengajak semua warga kerja MDKK untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat Kuala Krai.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023 & 2024. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas komitmen dan dedikasi cemerlang dalam perkhidmatan.
Majlis seumpama ini bukan sahaja sebagai platform menghargai kecemerlangan kerja, malah menjadi medan untuk menyatukan tekad dan iltizam seluruh warga MDKK ke arah kecemerlangan berterusan.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026