Skip to main content

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—œ๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”๐—จ


ย 

Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Krai telah menjalankan Operasi Membanteras Haiwan Ternakan Merayau di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Krai dan berjaya membuat tangkapan seekor lembu di Kampung Staponal, Kuala Krai.

Operasi ini telah berjaya menangkap seekor lembu yang didapati berkeliaran tanpa kawalan pemilik, sekali gus berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.
Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan susulan aduan orang awam berkaitan masalah haiwan ternakan yang sering merayau bebas di kawasan berkenaan.
Penangkapan haiwan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan di bawah ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜‚ ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿด๐Ÿฏ.
MDKK ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik haiwan yang cuai atau gagal mengawal ternakan masing-masing, bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026