๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐จ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ (๐๐ฃ๐) ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐จ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ (๐๐ฃ๐) ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
ย
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, MDKK dan disempurnakan oleh YABrs. Yang DiPertua MDKK.
ย
Seramai 4 orang penerima Jasamu Dikenang yang telah bersara pada tahun 2025 telah diraikan atas segala jasa dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan. Tahniah dan selamat bersara, terima kasih atas segala bakti yang dicurahkan.
ย
Selain itu, seramai 7 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 turut menerima pengiktirafan atas prestasi kerja yang cemerlang. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja MDKK untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada MDKK dan masyarakat.
ย
Majlis ini turut diserikan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan dalam suasana sederhana namun tetap meriah, penuh dengan kemesraan dan ukhwah sesama warga kerja.
ย
Semoga majlis seumpama ini terus mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemai semangat kerjasama dalam kalangan warga MDKK demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my