Skip to main content

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—› ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—•๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก


ย 

Program Jelajah Budaya Komuniti Rabbani Kelantan telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan kakitangan Majlis Daerah Kuala Krai. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta penghayatan nilai-nilai Budaya Komuniti Rabbani dalam pembentukan sahsiah, etika kerja dan keharmonian komuniti.
Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Daerah Kuala Krai, diikuti Slot 1 bertajuk Pengenalan Budaya Komuniti Rabbani serta Budaya 1 hingga 4 yang disampaikan oleh Us. Wan Ahmad bin Wan Yusoff, Pengetua SMUA Syukuriah, Bukit Sireh.
Seterusnya, Slot 2 melibatkan perkongsian Budaya 5 hingga 9 yang disampaikan oleh Us. Hisyamudin bin Mustafa, Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan Insan & Komuniti), Institut Latihan Darul Naim (ILDAN).
Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebelum bersurai. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membudayakan nilai Rabbani dalam perkhidmatan serta memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga MDKK.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026