Skip to main content

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—›, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฌ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ


ย 

Telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan & Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis yang telah disempurnakan di hadapan YABrs. Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai bertempat di Royal Hall Level 4, Ibis Style Hotel Kota Bharu.

Turut hadir sama ke majlis, YB ADUN Mengkebang, YBrs. Setiausaha MDKK dan Ketua-ketua Jabatan MDKK.
Menerusi gandingan Ahli-Ahli Majlis sedia ada dan yang baharu dilantik, diharapkan Majlis Daerah Kuala Krai dapat terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan responsif demi memenuhi keperluan serta harapan masyarakat setempat. Komitmen bersama ini diyakini mampu mempertingkatkan tahap kecemerlangan perkhidmatan serta memberi manfaat berterusan kepada warga Kuala Krai.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang dilantik. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, komitmen dan dedikasi.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026