Skip to main content

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก (๐—ฃ๐—•๐—ง) ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ


ย 

Dengan penuh kesyukuran, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya, disempurnakan oleh YAB Ustaz Datoโ€™ Panglima Perang Menteri Besar Negeri Kelantan bertempat di Dewan Tok Guru Datoโ€™ Bentara Setia, Kota Darul Naim.

Dalam ucapan beliau, YAB Ustaz Datoโ€™ Menteri Besar menegaskan bahawa pelantikan Ahli Majlis bagi tahun 2026 merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti dan keikhlasan. Ahli Majlis diseru agar memainkan peranan aktif dalam membantu pihak berkuasa tempatan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memacu pembangunan mampan di peringkat negeri dan daerah. Beliau turut mengingatkan supaya setiap keputusan yang dibuat sentiasa berteraskan kepentingan awam, nilai tadbir urus yang baik serta selari dengan dasar dan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan.
YABrs Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai, Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh hadir bagi menerima watikah pelantikan Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Krai yang baharu.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan bagi tahun 2026 atas pelantikan yang diberikan. Semoga amanah yang dipikul ini dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi, dan keikhlasan untuk memperjuangkan agenda pembangunan negeri serta kesejahteraan masyarakat.

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026