Skip to main content

11 Mac 2026 - ๐—ž๐—œ๐—–๐—ž ๐—ข๐—™๐—™ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ญ๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก


ย 

Program Kick Off Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadan telah diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Bazar KK Avenue, Kuala Krai. Program ini merupakan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sentiasa berada pada tahap yang baik.
ย 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Puan Pengarah Pejabat Kesihatan Kuala Krai, diikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh YABrs. Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) merangkap Ketua Jajahan Kuala Krai.
Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Ketua Polis Daerah Kuala Krai serta En. Amri bin Ismail, Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran MDKK yang mewakili Setiausaha MDKK.
ย 
Selesai majlis perasmian, Yang DiPertua MDKK bersama pimpinan telah mengadakan lawatan ke gerai-gerai bazar bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada gerai-gerai yang terpilih sebagai tanda pengiktirafan terhadap peniaga yang menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga serta memastikan pengunjung bazar Ramadan dapat menikmati makanan yang bersih, selamat dan berkualiti.
ย 
ย 
ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026