Skip to main content

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก


ย 

Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan sentiasa komited dalam memastikan setiap premis perniagaan di bawah kawasan pentadbirannya mematuhi syarat serta peraturan pelesenan yang telah ditetapkan.

ย 

Sehubungan itu, satu Operasi Pemantauan Lesen Premis Perniagaan telah dilaksanakan melibatkan premis-premis perniagaan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Krai.
ย 
Fokus utama operasi ini adalah bagi mengenal pasti premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah serta premis yang gagal memperbaharui lesen perniagaan mereka.
ย 
Hasil daripada operasi pemantauan yang dijalankan, sebanyak 5 kompaun telah dikeluarkan di bawah ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—œ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ (๐Ÿฏ) ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป, ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐——๐—ž๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต.
ย 
MDKK menasihatkan para peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memastikan lesen perniagaan sentiasa sah dan diperbaharui bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan.

ย 

ย 

ย 

"๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป"

_______________________________

Ikuti saluran rasmi kami:

FB: Majlis Daerah Kuala Krai

YouTube: @Majlisdaerahkualakrai

Twitter: @majliskrai

Instagram: majlisdaerahkualakrai

TikTok: @majlisdaerahkualakrai

Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai

Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my

#mdkkdihati

#kualakraikubersih

#KELANTANKUBERSIH

#KELANTANSIHAT

#kelantan

#visitkelantan

#kelantan360

#indahnyakelantan

#MalaysiaTrulyAsia

#cuticutimalaysia

#visitmalaysia2026