๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐จ
๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐จ
ย
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฟ๐ฎ๐ถ (๐ ๐๐๐) dengan kerjasama ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐ ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐ฃ๐๐ฅ๐ )
ย
telah menjalankan satu Operasi Bersepadu Haiwan Merayau (Lembu) bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 pagi.
Operasi tersebut telah tertumpu di seluruh kawasan pentadbiran Kuala Krai terutamanya di Pahi, Sg. Embak, Desa Green Batu Jong dan Kg. Keroh serta lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan haiwan rayau berdasarkan aduan orang awam.
ย
Operasi kali ini melibatkan seramai 13 orang anggota daripada MDKK yang terdiri daripada 12 anggota dari Jabatan Penguatkuasaan dan seorang anggota daripada Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan. Turut serta dalam operasi ini adalah seramai 6 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bagi tujuan kawalan keselamatan.
ย
Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 6 ekor lembu yang berkeliaran tanpa pengawasan telah berjaya ditangkap dan kini ditahan di pusat tahanan haiwan MDKK. Sehubungan dengan itu, pemilik kepada haiwan tersebut akan dikenakan tindakan kompaun mengikut peruntukan ๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด-๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐๐ ๐ญ๐ต๐ด๐ฏ. yang berkuat kuasa dan haiwan yang ditangkap tersebut akan dilelong sekiranya pemilik gagal membuat tuntutan dalam tempoh 7 hari dari tarikh tangkapan dibuat.
ย
๐๐๐๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐ฟ๐ผ ๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐
ย
Pihak MDKK ingin memberi peringatan tegas kepada semua pemilik dan penternak haiwan di daerah Kuala Krai agar tidak melepaskan haiwan ternakan mereka berkeliaran sesuka hati sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya dan mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
ย
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penternak bukan sahaja boleh mengakibatkan kemalangan jiwa, malah mencemarkan imej dan keindahan daerah ini. Ingatlah, keuntungan hasil ternakan tidak akan berkat jika ia mengundang kemudaratan kepada orang lain.
ย
MDKK tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa tanpa notis. Kerjasama dan rasa tanggungjawab daripada para penternak amat diharapkan demi memastikan kesejahteraan bersama terus terpelihara.
ย
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my