๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐จ
๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐จ
ย
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) bersama Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Dabong (MDD) dan Jabatan Kesihatan Awam, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Krai telah menjalankan Operasi Membanteras Haiwan Ternakan Merayau di sekitar kawasan pentadbiran MDKK dan MDD.
ย
Hasil operasi tersebut, sebanyak empat (4) ekor lembu berjaya ditangkap, iaitu tiga (3) ekor di Taman MDKK, Kuala Krai dan seekor (1) di Desa Tok Guru, Kuala Krai.
ย
Haiwan ternakan berkenaan didapati berkeliaran tanpa kawalan pemilik, sekali gus berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.
ย
Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan susulan aduan orang awam berkaitan masalah haiwan ternakan yang sering merayau bebas di kawasan terbabit. Penangkapan haiwan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan di bawah ๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด-๐จ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐๐ ๐ญ๐ต๐ด๐ฏ.
MDKK ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik haiwan yang cuai atau gagal mengawal ternakan masing-masing bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
ย
ย
"๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ท๐๐ฎ๐ป"
_______________________________
Ikuti saluran rasmi kami:
FB: Majlis Daerah Kuala Krai
YouTube: @Majlisdaerahkualakrai
Twitter: @majliskrai
Instagram: majlisdaerahkualakrai
TikTok: @majlisdaerahkualakrai
Threads: @Majlis Daerah Kuala Krai
Website: @mdkkrai.kelantan.gov.my