Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
PELANTIKAN SEBAGAI YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA KRAI BERKUAT KUASA 20 OGOS 2023
- Super User
- Berita Terkini
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 & 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚
Ucapan tahniah kepada YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Mohamed atas pelantikan sebagai Yang DiPertua, Majlis Daerah Kuala Krai berkuat kuasa 20 Ogos 2023.
Selamat datang ke Kuala Krai, Bandar Bersih Indah Ceria dan selamat melaksanakan tugas.
PERTUKARAN YM HAJI TENGKU AB RAHMAN BIN TUAN YUNUS YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA KRAI
- Super User
- Berita Terkini
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔 & 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Kuala Krai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 𝗬𝗠 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗬𝘂𝗻𝘂𝘀 atas khidmat bakti yang telah dicurahkan serta sokongan padu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai.
“Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
menjadi kenangan sepanjang zaman.”
Siiru ala barakatillah.
Selamat Maju Jaya & Terima Kasih.
Setinggi-tinggi tahniah kepada 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗹𝗶𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗛𝗷 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗮𝘀𝘀𝘂𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗗𝗮𝘂𝗱 atas pelantikan sebagai 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, dan tahniah 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗹𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 atas pelantikan sebagai 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻.
Semoga dapat meneruskan kecemerlangan berkhidmat kepada rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.
Siiru ala barakatillah.