NOTIS LELONGAN AWAM MAC 2024
- Super User
- Berita Terkini
Sukacitanya dimaklumkan MDKK akan mengadakan Jualan Lelongan Haiwan di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-rayau (Majlis Daerah Kuala Krai) 1983 (pindaan) 2009 yang tidak dituntut :-
Tarikh Lelongan : 11 Mac 2024 (Isnin)
Waktu Lelongan : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pejabat Lama MDKK
CUTI SEKOLAH TIBA LAGI!
- Super User
- Berita Terkini
Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga beriadah di pusat peranginan Air Terjun Lata Berangin yang terletak di Sungai Pas, Kuala Krai
Dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Tiket masuk hanya berharga RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak.
Bawa keluarga anda di musim cuti sekolah ini untuk beriadah dan berehat santai di Air Terjun Lata Berangin.
Sila patuhi arahan keselamatan petugas Majlis sepanjang masa.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2024
YEARS OF THE DRAGON
Semoga sambutan tahun baharu ini membawa kemakmuran dan kebahagian kepada anda semua.
Happy Chinese New Year to you and Good luck in 2024!
Ikhlas daripada
Yang DiPertua,
Setiausaha, Ahli Majlis & Kakitangan
Majlis Daerah Kuala Krai.
27 Rejab 1445H/8 Februari 2024M
SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ 1445H/2024M
“ANUGERAH TERAGUNG UNTUK NABI TERAGUNG”
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Allah limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarga Baginda.”
Ikhlas daripada
Yang DiPertua,
Setiausaha, Ahli Majlis & Warga Kerja
Majlis Daerah Kuala Krai.
PENGIKTIRAFAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI TEMPOH 15 DISEMBER 2023 HINGGA 14 DISEMBER 2025
- Super User
- Berita Terkini
Syabas dan tahniah Majlis Daerah Kuala Krai atas pengiktirafan KATEGORI CEMERLANG bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi tempoh 15 Disember 2023 – 14 Disember 2025.
Semoga amalan EKSA dapat diteruskan bagi mengekalkan prestasi cemerlang dalam sesi audit EKSA yang seterusnya. Kejayaan ini adalah hasil usaha keras dan kerjasama yang padu seluruh warga kerja MDKK.