Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
      w1   w2   w3      
enms
A- A A+
faqSoalan Lazim
callHubungi Kami
feedback Aduan& Maklumbalas
lokasiPeta Laman

OPERASI BERSEPADU HAIWAN MERAYAU 4 JUN 2024

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
OPERASI BERSEPADU HAIWAN MERAYAU

4 Jun 2024 - Majlis Daerah Kuala Krai melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Majlis Daerah Dabong, Pejabat Veteriner Kuala Krai Dan Polis Trafik Daerah Kuala Krai telah mengadakan satu Operasi Bersepadu Haiwan Merayau di kawasan ‘Hotspot’ melalui aduan oleh masyarakat Kuala Krai.

Operasi ini diadakan bertujuan bagi menangkap haiwan merayau-rayau sebagai persediaan menjelang Hari Raya Aidiladha bagi memastikan pengguna jalanraya untuk balik kampung dalam keadaan selamat.

Tindakan penguatkuasaan iaitu penangkapan haiwan telah diambil dibawah Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MDKK 1983. Kawasan operasi yg terlibat adalah Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang Kg Bukit Akil dan Kg. Sungai Embak. Sebanyak 4 ekor lembu dewasa yang berkeliaran telah berjaya ditangkap melalui operasi bersepadu ini.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat kesalahan dengan membiarkan haiwan peliharaannya merayau-rayau di tempat awam.

MDKK mengucapkan terima kasih kepada aduan-aduan yang telah dibuat dan kesabaran masyarakat Kuala Krai kerana tidak mengambil langkah sendiri tanpa melibatkan pihak-pihak berkuasa.

logo-mdkk-web.png

Majlis Daerah Kuala Krai
KM 1, Jalan Kuala Krai - Gua Musang,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.

T (+609) 960 2000
F (+609) 966 3284
Web: www.mdkkrai.kelantan.gov.my
Email: mdkk@kelantan.gov.my

Kaunter Pelawat

Today16
Yesterday23
This week148
This month722
Total10101

27 July 2024

Media Sosial

DASAR PRIVASI

Tarikh Kemaskini Terakhir: 26-07-2024, 11:24 AM Hak Cipta Terpelihara ©️ 2020 - 2024 Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Kuala Krai.

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Search

SEO - PORTAL RASMI MAJLIS DAERAH KUALA KRAI

Statistik Aduan Awam Yang Diterima Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
KELGOV PPST
Pelan Strategik Majlis Daerah Kuala Krai 2018 - 2022