Pengumuman
HENTIKAN VANDALISM! VANDALISM BUKAN BUDAYA KITA
- Super User
- Pengumuman
HENTIKAN VANDALISM! VANDALISM BUKAN BUDAYA KITA
Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang telah melakukan perbuatan vandalisme tandas awam di Taman Tasik Chintawangsa Kuala Krai. Sikap tidak bermoral ini akan memberikan kesulitan terhadap pelbagai pihak dan perkara ini harus dibendung.
Pihak MDKK mengambil perhatian serius dalam permasalahan ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasan pentadbiran MDKK.
Pihak MDKK memohon kerjasama orang ramai untuk memaklumkan dengan segera jika mendapati berlaku perbuatan tidak bermoral tersebut serta berharap semua pihak boleh memainkan peranan bekerjasama untuk menjaga kemudahan yang disediakan.
Kemudahan awam hak bersama, tanggungjawab bersama.