Data Terbuka Kerajaan
Pengenalan Data Terbuka
- Super User
- Data Terbuka
TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA KERAJAAN 1.0
PENGGUNAAN DATA ATAU PENGGUNAAN SEMULA DATA HENDAKLAH MEMATUHI TERMA DAN SYARAT SEPERTI DI BAWAH :
PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
- Data peribadi;
- Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
- Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
- Lambang diraja dan lambang tentera;
- Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
- Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
- Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
TIADA JAMINAN
- Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
- Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
sumber rujukan: Pekeliling AM Bil 1 Tahun 2015 (Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam)