Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
      w1   w2   w3      
A- A A+
faqSoalan Lazim
callHubungi Kami
feedbackAduan& Maklumbalas
lokasiPeta Laman

Pengenalan Data Terbuka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Majlis Daerah Kuala Krai menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

 

TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA KERAJAAN 1.0

PENGGUNAAN DATA ATAU PENGGUNAAN SEMULA DATA HENDAKLAH MEMATUHI TERMA DAN SYARAT SEPERTI DI BAWAH :

1. Penggunaan data di bawah terma ini pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:

  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:

           "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

 

PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

 

TIADA JAMINAN

  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

 

UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

 sumber rujukan: Pekeliling AM Bil 1 Tahun 2015 (Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam)

logo-mdkk-web.png

Majlis Daerah Kuala Krai
JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra,
18000 Kuala Krai, Kelantan

T (+609) 960 2000
F (+609) 966 3284
Web: www.mdkkrai.kelantan.gov.my
Email: mdkk@kelantan.gov.my

Kaunter Pelawat

Today88
Yesterday89
This week584
This month2563
Total33728

2021-11-27
© Copyright 2021 Majlis Daerah Kuala Krai. All Rights Reserved.

Search