Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
      w1   w2   w3      
A- A A+
faqSoalan Lazim
callHubungi Kami
feedbackAduan& Maklumbalas
lokasiPeta Laman

Latar Belakang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
  • Majlis Daerah Kuala Krai telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.

  • Majlis Daerah Kuala Krai mempunyai keluasan kawasan seluas 129.49 persegi. Ianya meliputi sebahagian besar Daerah Batu Mengkebang yang mana melibatkan kampung-kampung berikut iaitu Kg. Keroh, Kg. Bukit Sireh, Kg. Batu Jong, Kg. Batu Lada, Kg. Kenor, Kg. Batu Balai, Kg. Gatal, Kg. Tualang, Kg. Bekok, Kg. Pahi, Kg. Telekong, Kg. Kuala Nal dan sebahagian dari Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT Mengkebang, RKT Temalir dan RKT Sungai Pas. Walau bagaimanapun, kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Krai ialah hanya 50km persegi yang meliputi bandar Kuala Krai, Guchil, Kg Bukit Sireh, Pahi dan Tualang.

  • Bilangan penduduk kawasan Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 1980 ialah seramai 47,009 orang dan pada tahun 1986 ialah seramai 53,041 orang berasaskan kadar pertumbuhan 2 % setahun dalam tempoh 6 tahun. Tetapi selepas tahun 1986 kadar pertumbuhan meningkat kepada 3 % menjadikan jumlah penduduk pada tahun 1991 meningkat kepada 63,331 orang. Pada tahun 2005 jumlah penduduk kawasan Majlis adalah seramai 103,294 orang dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4 %

 

Peta daerah Kuala Krai

logo-mdkk-web.png

Majlis Daerah Kuala Krai
JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra,
18000 Kuala Krai, Kelantan

T (+609) 960 2000
F (+609) 966 3284
Web: www.mdkkrai.kelantan.gov.my
Email: mdkk@kelantan.gov.my

Kaunter Pelawat

Today98
Yesterday89
This week594
This month2573
Total33738

2021-11-27
© Copyright 2021 Majlis Daerah Kuala Krai. All Rights Reserved.

Search